Thursday, October 16, 2008

Kita Perlukan 'Restoration'

Peristiwa kekalahan, ketewasan kita dalam PRU 12 masih lagi terasa dan juga menjadi trauma kepada kita.Kita kehilangan 4 buah negeri disamping pembangkang dapat Kelantan dan yang paling mengejutkan kehilangan kubu kuat iaitu Selangor. Tun Mahathir ada menyebut bahawa Pakatan rakyat tidak menang sebenarnya tetapi kita yang kalah. Tempoh sekarang sehinggalah bulan Mac 2009 merupakan sebenarnya masa "sudden death" yang mana Umno akan mengadakan pemilihan agungnya tiga tahun sekali.Para calon sekarang sibuk melobi untuk memastikan jawatan masing-masing tidak kira di peringkat pusat mahupun peringkat bahagian.Kita sudah letih kerana asik dimomokkan dengan isu politik wang dikalangan perwakilan bukan sahaja dalam parti Umno bahkan parti-lain. Saya sendiri terlibat secara langsung dalam proses pemilihan ketua pemuda di satu bahagian dan menyaksikan sendiri pengaliran wang "lobi" ini. Memang benar salah satu kriteria yang penting untuk menjadi ketua memerlukan kuasa kewangan yang amat kuat akan tetapi wang semata-mata tidak semestinya menjamin kepada perjuangan demi agama bangsa dan negara ini. Apabila penulis bertanyakan kepada seorang calon ketua apakah visi dan misinya atau manifestonya, dengan terus terang dan tanpa segan silu beliau menjawab "saya tidak mempunyai manifesto"!Apa yang calon ini akan buat jika dia menang ialah mengumpulkan suara akar-umbi untuk memberikan cadangan program2 yang akan dijalankan serta akan menjalankan mesyuarat setiap bulan.Memang tidak dinafikan kuasa wang yang dipunyai oleh calon ini amatlah lebat dan mampu membeli semua perwakilan tetapi adakah pemimpin seperti ini yang kita cari?Adakah politik Malaysia hari ini khususnya Umno hanyaalah berlandaskan wang semata-mata?Dalam satu perjumpaan saya bersama Ketua Penerangan Umno Malaysia Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang juga sedang berkempen untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO ada menyebut bahawa UMNO sebenarnya perlukan 'Restoration' bukannya 'Revolusion' yang mana idea ini diambil daripada pemulihan Meiji untuk merubah negara Jepun daripada sistem Feudal kepada negara industri seperti yang kita lihat hari ini.Jika kita lihat kembali sejarah penubuhan UMNO lebih 60 tahun dahulu didapati pendukung kepada UMNO adalah dikalangan pendidik iaitu guru dan guru agama, penulis, wartawan, guru silat dan lain-lain lagi dan ini diperkukuhkan pula kebanyakkan pemimpin dalam UMNO adalah dikalangan guru seperti Tan Sri Muhammad, Tan Sri Isa, Dato Seri Adnan Yaakub dan beberapa tokoh yang lain. Guru dilihat sebagai pemimpin yang hampir dengan akar umbi, hampir dengan masyarakat setempat, dihormati dan juga mempuyai 'aura' yang kuat.Mereka sanggup bergolok-bergadai memberikan harta yang ada untuk memastikan nasib bangsa kita terjamin dan seterusnya mencapai kejayaan.Tetapi apa yang kita lihat hari ini dimanakah golongan pelopor awal dalam UMNO pada hari ini seperti guru, wartawan dan penulis tadi?Bahkan semasa Tan Sri Muhammad Mohd Taib berucap pun beliau sempat bertanya kepada hadirin berapa orangkah guru yang berada dalam dewan ini dan hasilnya hanyalah dua orang sahaja guru daripada 500 oarang yang hadir yang mana kebanyakkannya kontraktor.Memang tidak dapat dinafikan juga ada yang menyertai UMNO untuk mencari projek tak kiralah daripada kontraktor kelas F hinggalah kelas A.Inilah tugas besar kita sebagai ahli perlu memikirkan cara untuk menarik kembali golongan awal pelopor ini yang sememangnya tugas berat bagi kita.Fikir-fikirkanlah apa akan jadi pada kita dimasa hadapan.Apakah yang akan jadi pada anak cucu kita dan warisan kita.Fikirkanlah...

No comments: