Thursday, October 16, 2008

Apa Sudah Jadi Pada Penimbang BN dalam PRU12?

Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8hb MAC 2008 masih diperbincangkan oleh ramai orang. Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin dalam BARISAN NASIONAL mengapa 4 buah negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) yang dahulunya ditadbir oleh Kerajaan BN boleh jatuh kepada PAKATAN RAKYAT masih berterusan.
Dalam Pilihan raya ke 12 itu BN tidak dapat mempertahankan 2/3 majoriti dalam 222 kerusi Parlimen. BN hanya menang 140 kerusi menakala PR menang 82 kerusi.
Kegagalan BN memenangi bilangan kerusi Parlimen yang banyak di Semenanjung dilihat oleh beberapa pehak sebagai kehilangan popularity dan kepercayaan oleh pengundi dan rakyat terhadap BN terutama sekali terhadap calun BN dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Kemenangan “simple majority” oleh BN di Parlimen iaitu 140 kerusi adalah disebabkan kemenangan calun-calun BN di Sabah dan Sarawak.
Betulkah kata sesetengah pehak bahawa kekalahan BN di Semenannjung adalah disebabkan pengundi dan rakyat mahukan calun dari parti yang tidak berdasarkan kepada satu kaum seperti PKR, DAP dan PAS?
Apa jadi kepada dacing BN, penimbang BN - dacing yang menjadi logo BN semenjak tahun 1974
Mungkinkah pengundi tidak menyokong konsep ”politics based on race” lagi? Mereka mahukan parti yang mewakali semua kaum dan bangsa dan dari semua agama, parti yang menganggap semua rakyat Malaysia adalah sama dan mendapat pertimbangan yang sama dan serupa dalam semua hal seperti ekonomi, pelajaran, perubatan, pekerjaan, perniagaan, perumahan, tanah dan harta daripada Kerajaan yang mereka pilih.
Mungbkinkah pengundi dan rakyat sudah merasakan yang BN hanya menggunakan lambang dacing untuk Pilihan Raya Umum sahaja tetapi apabila sudah memerintah tidak dapat menimbang permintaan majority rakyat dengan betul, dengan sama rata?
Mungkingkah dacing dan penimbang BN sudah rosak atau mereka yang menggunakan penimbang dan dacing BN tidak menggunakannya dengan betul dan berhati-hati?
Kalau peniaga di kedai-kedai atau pasar tidak menggunakan dacing dan penimbang dengan betul maka pegawai-pegawai dari Kementerian Datuk Shahir Samad boleh mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.
Sekarang sudah sampai masanya bagi Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan untuk memereksa dacing-dacing dan penimbang-penimbang BN dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang menggunakan dacing dan penimbang-penimbang tersebut – kalau dah rosak tukar, kalau dah condem jangan pakai lagi. Bagitu juga mereka yang menggunakan dacing dan penimbang. Kalau dah tua, dah uzur atau dah nayuk suruh pencen atau letak jawatan. Bagi orang lain jalankan tugas dan tanggungjawab.
Bolehkah Kerajaan Negeri PR di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan memberi “pertimbangan” yang samarata kepada semua rakyat, semua kaum, bangsa dan agama di negeri-negeri tersebut tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan bagi 4 tahun yang akan datang?
Kalau PR mentadbir Kerajaan Pusat pula (seperti yang diharap-harap dan dimimpi-mimpikan oleh DSAI, bolehkah Kerajaan Pusat PR memberi pertimbangan yang sama rata dalam apa jua hal kepada semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ini?
Kalau PR memerintah apa jadi kepada dasar “Islam SeMalaysia” Parti PAS? Apa pula jadinya dasar Parti DAP “Malaysian Malaysia”?
Bolehkah Kerajaan PR nanti menarik lebih ramai rakyat Malaysia yang bukan Melayu berkhidmat dalam Pasukan Polis, Tentera dan dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan?

No comments: