Sunday, October 19, 2008

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIAPERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)MENGENAI KENYATAAN KHAS MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU KE 2151. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikrar dan bersumpah untuk berdiri teguh bagi mempertahankan kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu ke 215 berhubung dengan hak-hak kkeistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut perlembagaan persekutuan.

2. PERKASA berpendapat bahawa pendirian tersebut merupakan pandangan yang paling jelas dan tegas serta berasaskan sejarah penglibatan dan persetujuan Raja-Raja Melayu dalam kompromi perjuangan Negara mencapai kemerdekaan. Inilah merupakan pendirian yang paling tegas dalam sejarah Persidangan Raja-Raja Melayu. PERKASA menjunjung kasih di atas penegasan tersebut dan amat terharu di atas rasa prihatian Raja-Raja Melayu berasaskan perkembangan-perkembangan sosio-politik mutakhir.

3. Pendirian PERKASA sesuai dengan matlamat fasal 4 penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang didaftarkan oleh pendaftar pertubuhan pada 12 haribulan September 2008, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi:

1. Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan3. Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu4. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu5. Memperkasakan kaum Pribumi6. Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia7. Mempertahankan kedaulatan Negara.4. PERKASA mengesa agar semua orang-orang Melayu yang berada di semua lapangan; politik kepartaian, badan bukan kerajaan, badan iktisas, dan individu-individu Melayu agar menyatakan sokongan padu terhadap pendirian tertinggi bangsa Melayu yang merupakan teras persefahaman dan rujukan bagi perpaduan bangsa. Masyarakat Melayu harus bersatu dan tidak harus bersikap “partisan” apabila menyentuh perkara-perkara dasar seperti kepentingan bangsa dan agama Islam dan perlembagaan 153.

5. Harus diingatkan bahawa kestabilan yang dinikmati oleh Negara lebih dari 50 tahun yang lalu adalah hasil dari permuafakatan “social contract” para pejuang kemerdekaan antara kaum, penggunaan dan penyaluran sistem demokrasi dengan wajar, pengorbanan para pasukan keselamatan serta kompromi kaum dan Raja-Raja Melayu di atas paksaan penjajahan. Sejarah ini tidak mungkin dihapuskan lantaran suasana corak politik yang berubah. Kita seharusnya bersyukur, kerana di atas toleransi dan persefahaman inilah maka Malaysia terhindar dari kekacauan yang dahsyat seperti yang berlaku di Negara-negara jiran atau rantau yang lain.

6. Provokasi-provokasi politik dan agama dan keadaan ketidaktentuan politik Negara yang berpanjangan semenjak dari sebelum dan sesudah pilihanraya Mac 2008, telah memberikan isyarat yang salah terhadap pelabur dan pembuat keputusan dalam dan luar Negara, di saat tumpuan semua harus diberikan terhadap mempercekapkan pengurusan Negara dalam menghadapi krisis ekonomi dunia dan meningkatkan mertabat bangsa.

7. Sewajarnya, parti politik yang belum mempunyai cukup majoriti untuk menjadi Perdana Menteri, haruslah berbuat demikian dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Ini penting agar tempoh beberapa tahun yang akan datang di terajui oleh suasana stabil bagi kerja-kerja membangunkan Negara seperti janji manifesto pilihanraya parti masing-masing. PERKASA mengesa agar orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia lainnya, berperanan mengekalkan kestabilan dan keamanan sebagai tanggungjawab bersama.

8. Perbincangan mengenai perkara-perkara sensitif negara haruslah dalam suasana muafakat, ilmiah dan kondusif oleh pakar-pakar dari kaum dan agama berbeda yang mempunyai pengetahuan mendalam terhadap sejarah pengorbanan, tolak ansur, serta perjuangan pasukan keselamatan bagi mencapai kemerdekaan.

9. Faham liberalisasi dan kebebasan mutlak yang di ambil Barat dalam membicarakan perkara-perkara sensitif tidak akan mengangkat kemuliaan sesuatu bangsa sekiranya ia berakhir dengan kebencian dan ketegangan yang akhirnya mengujudkan suasana anarki. Musyawarah sesama kaum dan agama serta menghormati perbedaan adalah intipati penyelesaian

10.PERKASA kesal kerana terdapat segelintir bloggers dan forumers yang telah menghina dan menggunakan bahasa-bahasa “kebinatangan” terhadap Raja-Raja Melayu, semata-mata kerana baginda mengingatkan tentang kepentingan perpaduan Melayu dan hak mempertahankan perlembagaan 153. Siapakah yang bertanggung jawab sehingga forumers ini begitu berani mengeluarkan bahasa-bahasa yang demikian atas nama kebebasan bersuara dan hak-hak rakyat. Usah kita membiarkan Raja-Raja Melayu bersendirian dan dianggap “racist” dalam mempertahankan saki-baki hak-hak bangsa akibat kelemahan, perpecahan dan percakaran antara sesama bangsa Melayu akibat perbedaan politik.

11.Seringkali kita menyalahkan penjajahan yang mencorakkan suasana sosio-politik dan struktur ekonomi kita sekarang. Maka yang demikian, mengapa harus kita mengulangi kesilapan dengan meciplak faham kebebasan mutlak sehingga membawa kepada purak puranda dan ketegangan masyarakat. Seharusnya faham kebebasan dan hak asasi disertai bersama dengan kewajiban dan pertanggungjawaban bersama terhadap menjamin kestabilan Negara.

12.PERKASA mengesa kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif yang telah disepakati, bagi tujuan kepentingan politik dan kumpulan. Adalah penting bagi yang berkuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak daripada individu-indivdu atau kumpulan yang membuat kekacauan di luar batas yang diperuntukan perlembagaan negara.

13.Sehubungan dengan ini, PERKASA menyokong penuh tindakan kerajaan mengistiharkan HINDRAF sebagai pertubuhan haram. HINDRAF telah membuat fitnah yang jahat terhadap Negara dengan menuduh berlakunya pembersihan ethnik terhadap kaum minoriti India serta pemusnahan rumah ibadat hindu setiap 3 minggu di Malaysia. HINDRAF juga menuduh bahawa Negara Malaysia mempunyai dasar untuk membunuh seorang kaum India setiap minggu seperti yang terbukti dalam suratnya kepada Perdana Menteri Britain, Gordan Brown, pada 15 November 2007 yang lalu. Ratusan demonstrasi jalanan dan penggunaan bahasa yang kesat dan biadap telah digunakan terhadap pasukan keselamatan dan pemimpin kaum Melayu.

14.Perkauman melampau HINDRAF telah digunakan oleh parti politik tertentu untuk tujuan politik sempit mereka tanpa mengambilkira penipuan yang dilakukan. Hakikatnya adalah, semakin ramai kaum India dan kaum-kaum lainnya yang berhijrah ke Negara ini disebabkan ruang kebebasan yang mereka kecapi melalui peluang mencari rezeki dan mengaut kekayaan, kebebasan beragama dan rumah beribadat serta patung berhala paling tinggi di tanah yang mendapat kebenaran. Kebebasan dan nikmat bagaimana lagi yang dikehendaki dan tidak di syukuri?.

15.Kami juga mengumumkan bahawa Presiden dan Ahli jawatankuasa penaja Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan menyerah watikah ikrar taat setia dan sumpah sokongan terhadap kenyataan khas Persidangan Raja-Raja Melayu, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, yang mewakili Raja-Raja Melayu, pada hari rabu, 22 haribulan Oktober 2008, jam 3 petang, di Istana Negara.

Yang Benar,

Dato’ Fuad HassanTimbalan Pengerusi PenajaPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

17 Oktober 2008

Kelab Sultan Sulaiman,Kampong Baharu, Kuala Lumpur.

Thursday, October 16, 2008

Kita Perlukan 'Restoration'

Peristiwa kekalahan, ketewasan kita dalam PRU 12 masih lagi terasa dan juga menjadi trauma kepada kita.Kita kehilangan 4 buah negeri disamping pembangkang dapat Kelantan dan yang paling mengejutkan kehilangan kubu kuat iaitu Selangor. Tun Mahathir ada menyebut bahawa Pakatan rakyat tidak menang sebenarnya tetapi kita yang kalah. Tempoh sekarang sehinggalah bulan Mac 2009 merupakan sebenarnya masa "sudden death" yang mana Umno akan mengadakan pemilihan agungnya tiga tahun sekali.Para calon sekarang sibuk melobi untuk memastikan jawatan masing-masing tidak kira di peringkat pusat mahupun peringkat bahagian.Kita sudah letih kerana asik dimomokkan dengan isu politik wang dikalangan perwakilan bukan sahaja dalam parti Umno bahkan parti-lain. Saya sendiri terlibat secara langsung dalam proses pemilihan ketua pemuda di satu bahagian dan menyaksikan sendiri pengaliran wang "lobi" ini. Memang benar salah satu kriteria yang penting untuk menjadi ketua memerlukan kuasa kewangan yang amat kuat akan tetapi wang semata-mata tidak semestinya menjamin kepada perjuangan demi agama bangsa dan negara ini. Apabila penulis bertanyakan kepada seorang calon ketua apakah visi dan misinya atau manifestonya, dengan terus terang dan tanpa segan silu beliau menjawab "saya tidak mempunyai manifesto"!Apa yang calon ini akan buat jika dia menang ialah mengumpulkan suara akar-umbi untuk memberikan cadangan program2 yang akan dijalankan serta akan menjalankan mesyuarat setiap bulan.Memang tidak dinafikan kuasa wang yang dipunyai oleh calon ini amatlah lebat dan mampu membeli semua perwakilan tetapi adakah pemimpin seperti ini yang kita cari?Adakah politik Malaysia hari ini khususnya Umno hanyaalah berlandaskan wang semata-mata?Dalam satu perjumpaan saya bersama Ketua Penerangan Umno Malaysia Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang juga sedang berkempen untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO ada menyebut bahawa UMNO sebenarnya perlukan 'Restoration' bukannya 'Revolusion' yang mana idea ini diambil daripada pemulihan Meiji untuk merubah negara Jepun daripada sistem Feudal kepada negara industri seperti yang kita lihat hari ini.Jika kita lihat kembali sejarah penubuhan UMNO lebih 60 tahun dahulu didapati pendukung kepada UMNO adalah dikalangan pendidik iaitu guru dan guru agama, penulis, wartawan, guru silat dan lain-lain lagi dan ini diperkukuhkan pula kebanyakkan pemimpin dalam UMNO adalah dikalangan guru seperti Tan Sri Muhammad, Tan Sri Isa, Dato Seri Adnan Yaakub dan beberapa tokoh yang lain. Guru dilihat sebagai pemimpin yang hampir dengan akar umbi, hampir dengan masyarakat setempat, dihormati dan juga mempuyai 'aura' yang kuat.Mereka sanggup bergolok-bergadai memberikan harta yang ada untuk memastikan nasib bangsa kita terjamin dan seterusnya mencapai kejayaan.Tetapi apa yang kita lihat hari ini dimanakah golongan pelopor awal dalam UMNO pada hari ini seperti guru, wartawan dan penulis tadi?Bahkan semasa Tan Sri Muhammad Mohd Taib berucap pun beliau sempat bertanya kepada hadirin berapa orangkah guru yang berada dalam dewan ini dan hasilnya hanyalah dua orang sahaja guru daripada 500 oarang yang hadir yang mana kebanyakkannya kontraktor.Memang tidak dapat dinafikan juga ada yang menyertai UMNO untuk mencari projek tak kiralah daripada kontraktor kelas F hinggalah kelas A.Inilah tugas besar kita sebagai ahli perlu memikirkan cara untuk menarik kembali golongan awal pelopor ini yang sememangnya tugas berat bagi kita.Fikir-fikirkanlah apa akan jadi pada kita dimasa hadapan.Apakah yang akan jadi pada anak cucu kita dan warisan kita.Fikirkanlah...

Apa Sudah Jadi Pada Penimbang BN dalam PRU12?

Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8hb MAC 2008 masih diperbincangkan oleh ramai orang. Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin dalam BARISAN NASIONAL mengapa 4 buah negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) yang dahulunya ditadbir oleh Kerajaan BN boleh jatuh kepada PAKATAN RAKYAT masih berterusan.
Dalam Pilihan raya ke 12 itu BN tidak dapat mempertahankan 2/3 majoriti dalam 222 kerusi Parlimen. BN hanya menang 140 kerusi menakala PR menang 82 kerusi.
Kegagalan BN memenangi bilangan kerusi Parlimen yang banyak di Semenanjung dilihat oleh beberapa pehak sebagai kehilangan popularity dan kepercayaan oleh pengundi dan rakyat terhadap BN terutama sekali terhadap calun BN dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Kemenangan “simple majority” oleh BN di Parlimen iaitu 140 kerusi adalah disebabkan kemenangan calun-calun BN di Sabah dan Sarawak.
Betulkah kata sesetengah pehak bahawa kekalahan BN di Semenannjung adalah disebabkan pengundi dan rakyat mahukan calun dari parti yang tidak berdasarkan kepada satu kaum seperti PKR, DAP dan PAS?
Apa jadi kepada dacing BN, penimbang BN - dacing yang menjadi logo BN semenjak tahun 1974
Mungkinkah pengundi tidak menyokong konsep ”politics based on race” lagi? Mereka mahukan parti yang mewakali semua kaum dan bangsa dan dari semua agama, parti yang menganggap semua rakyat Malaysia adalah sama dan mendapat pertimbangan yang sama dan serupa dalam semua hal seperti ekonomi, pelajaran, perubatan, pekerjaan, perniagaan, perumahan, tanah dan harta daripada Kerajaan yang mereka pilih.
Mungbkinkah pengundi dan rakyat sudah merasakan yang BN hanya menggunakan lambang dacing untuk Pilihan Raya Umum sahaja tetapi apabila sudah memerintah tidak dapat menimbang permintaan majority rakyat dengan betul, dengan sama rata?
Mungkingkah dacing dan penimbang BN sudah rosak atau mereka yang menggunakan penimbang dan dacing BN tidak menggunakannya dengan betul dan berhati-hati?
Kalau peniaga di kedai-kedai atau pasar tidak menggunakan dacing dan penimbang dengan betul maka pegawai-pegawai dari Kementerian Datuk Shahir Samad boleh mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.
Sekarang sudah sampai masanya bagi Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan untuk memereksa dacing-dacing dan penimbang-penimbang BN dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang menggunakan dacing dan penimbang-penimbang tersebut – kalau dah rosak tukar, kalau dah condem jangan pakai lagi. Bagitu juga mereka yang menggunakan dacing dan penimbang. Kalau dah tua, dah uzur atau dah nayuk suruh pencen atau letak jawatan. Bagi orang lain jalankan tugas dan tanggungjawab.
Bolehkah Kerajaan Negeri PR di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan memberi “pertimbangan” yang samarata kepada semua rakyat, semua kaum, bangsa dan agama di negeri-negeri tersebut tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan bagi 4 tahun yang akan datang?
Kalau PR mentadbir Kerajaan Pusat pula (seperti yang diharap-harap dan dimimpi-mimpikan oleh DSAI, bolehkah Kerajaan Pusat PR memberi pertimbangan yang sama rata dalam apa jua hal kepada semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia ini?
Kalau PR memerintah apa jadi kepada dasar “Islam SeMalaysia” Parti PAS? Apa pula jadinya dasar Parti DAP “Malaysian Malaysia”?
Bolehkah Kerajaan PR nanti menarik lebih ramai rakyat Malaysia yang bukan Melayu berkhidmat dalam Pasukan Polis, Tentera dan dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan?