Tuesday, November 4, 2008

Siapa lagi yang layak?



Menjelang tarikh akhir persidangan bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia iaitu 9 November ini dijangkakan beberapa lagi calon akan layak bertanding bagi jawatan-jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan juga Majlis tertinggi setelah Dato'Seri Najib telah disahkan menang tanpa bertanding dengan setakat ini 141 pencalonan meninggalkan Ku Li yang hanya 1 pencalonan itupun daripada bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.Bagi jawatan Timbalan Presiden, disamping Tan Sri Muhyiddin dijangka Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib akan layak. setakat ini Dato' Seri Ali Rustam mendapat pencalonan sebanyak 32 pencalonan dan 30 pencalonan untuk bekas Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Muhammad.

Peluang dua calon ini meningkat setelah calon pertama 'dibelasah teruk' oleh Presiden sekarang iaitu Paklah setelah beliau dilihat cuba "mengajar ahli UMNO mungkir janji" menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan setelah mendapat persetujuan daripada Majlis tertinggi yang mana akan berlangsung pada 24-28 Mac 2009. Bukan sahaja calon pertama yang dibelasah malahan mantan presiden turut menerima akibat kerana dilihat cuba campur tangan dalam proses peralihan kuasa ini sedangkan beliau telah keluar dari UMNO.Tuk Ali dilihat calon favorite untuk jawatan ini kerana dikatakan mendapat sokongan daripada Paklah.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kini mengharapkan tujuh pencalonan lagi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti berharap sasaran itu dapat dicapai.
Menurut beliau, pada masa kini beliau bergantung kepada ahli UMNO di peringkat bahagian yang masih belum bersidang agar memberi peluang kepadanya untuk mencukupkan kuota pencalonan tersebut.
Bagaimanapun, beliau penuh yakin memperoleh tambahan kuota tersebut serta diberi peluang untuk bertanding jawatan kedua tertinggi UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan.
"Saya harap mana-mana UMNO bahagian yang masih belum bersidang, akan memberi peluang dan mencalonkan saya demi mencukupkan kuota yang ditetapkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Mac depan,'' katanya.
Bagi calon ketiga iaitu Tan Sri Muhammad dilihat sebagai calon 'underdog' mempunyai track record yang baik semasa menjadi Menteri Besar Selangor dengan melabelkan dirinya sebagai pengikut yang setia kepada pemimpin kerana katanya 'dua singa tidak boleh berada di pucak bukit, nanti buruk padahnya'.Beliau juga mempunyai kelebihan iaitu melalui jawatan sekarang sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan juga sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Desa ini kerana boleh merapatkan diri kepada akar umbi khususnya bagi bahagian-bahagian yang terletak di luar bandar. Tan Sri sendiri dengan pendekatannya iaitu 'Restorasi' iaitu mengembalikan semula golongan-golongan yang dahulunya berada dalam UMNO dan kini beralih arah.Walau siapa pun Timbalan Presiden selepas ini tetapi diharapkan biarlah ada pertandingan yang terbuka bukannya hanya seorang yang layak dan terus menang tanpa bertanding.Selamat berjuang kepada bahagian-bahagian yang akan bersidang!Hidup UMNO! Hidup Melayu!







No comments: